BBK3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

Alhamdulillah dengan setinggi kesyukuran saya dapat belajar kursus BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif yang di ungguli oleh seorang pensyarah yang baik budi pekertinya iaitu Dr. Kamariah Kamaruddin. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada beliau kerana telah sudi mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya dan rakan-rakan. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang mengikuti kelas Penglahiran Bakat Kreatif ini. Antaranya ialah saya dapat mengenali pantun, syair, gurindam, cerpen dan novel dengan lebih mendalam lagi. Saya juga berkesempatan untuk menghasilkan sebuah cerpen dan beberapa buah sajak ketika mengikuti kursus pengajian ini. Pada awalnya saya tidak menyangka saya akan berhasil mengarang cerpen dan beberapa buah sajak. Namun, dengan ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang saya mengikuti kelas Dr Kamariah. Akhirnya cerpen dan sajak yang dikarang membuahkan hasil. Saya juga sentiasa menantikan kelas Penglahiran Bakat Kreatif pada ...