Tokoh Motivasi : Prof Dr Muhaya Mohamad
Selain daripada dikenali sebagai seorang pakar mata dengan berjaya membuka klinik matanya sendiri, beliau juga turut dikenali sebagai seorang pakar motivasi dan pendakwah yang bukan sahaja bijak dalam berkata-kata, namun juga mendakwah melalui teladan. Keperibadian beliau telah dikenali sehingga beliau juga telah mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (RRCS) di Edinburgh sebagai wanita Islam pertama di Malaysia. Beliau banyak muncul di program televisyen dan radio serta banyak membuat siaran langsung pada laman media sosialnya sendiri, iaitu Facebook.
Banyak topik menarik yang dikupas merangkumi aspek inspirasi, doa, motivasi, taubat, ibadah dan pelbagai lagi. Antara matlamat beliau yang sering dipegang adalah ialah “Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah yang tidak ternilai". Bagi penulis, beliau adalah antara tokoh wanita yang amat hebat, bukan sahaja dalam kepakarannya, namun juga dalam perbuatan serta motivasi yang layak untuk diteladani.
Comments
Post a Comment