Kritikan Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa merupakan semua filem epik yang telah menjadi buah mulut ramai pengemar dan penggiat filem tempatan. Trailernya saja yang telahpun bermain berulang kali di media sosial dapat menarik jutaan peminat terasa ingin untuk menontonnya sebaik saja keluar panggung. Filem Hikayat Merong Mahawangsa secara keseluruhannya menceritakan semula kisah sejarah secara lebih mudah difahami. Bukan mudah nak menghasilkan filem berkonsep sejarah kerana semua fakta kenalah betul dan tepat.
Secara ringkasnya kisah Merong Mahawangsa ini ialah kisah bagaimana Merong membantu kerajaan Rom di dalam misi mereka berjumpa dengan puteri China untuk berkahwin. Perkahwinan politik ini pada asalnya tidak disukai oleh putera Rom dan puteri China. Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta. Selepas mereka kenal, boleh pula jatuh cinta. Di dalam ekspidisi Merong membantu putera Rom, Merong di serang oleh kumpulan lanun yang digelar Geruda yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas kali pertama diserang, Merong berpisah dengan Putera Rom manakala Puteri China diculik oleh Geruda. Dalam proses berbalas dendam, Merong berlatih di suatu tempat dan secara tak langsung Merong menaikkan tempat tersebut dengan nama Langkasuka.
Saya kira ramai yang tidak tahu siapakah Merong Mahawangsa dalam filem ini kerana pada 15 minit pertama seolah-olah terpinga-pinga dengan perwatakkan Merong. Merong yang berbahasa Inggeris sangat baik pada awalnya seperti kekok apabila bercakap Bahasa Melayu. Merong digambarkan sebagai kaki perempuan dan sering diburu orang kerana Merong sering membuat kacau di setiap tempat di mana dia berlabuh. Pengenalan watak Merong agak kurang jelas kerana dia secara tiba-tiba menjadi watak penting kerana pegawai Rom meminta bantuan Merong untuk membawa Puteranya berkahwin dengan Puteri China. Pegawai Rom yang tiada pilihan memilih dan meminta bantuan Merong. Mungkin ianya fakta yang sudah tertulis ,namun saya kira alasan untuk Merong menurut perintah Rom masih boleh disusun dengan baik lagi.
Pada bahagian aksi yang dinanti-nantikan kerana melalui trailernya sudah menjanjikan pelbagai aksi dan kesan khas yang menarik. Aksi pertarungan boleh dikatakan kemas dan cantik. Pemilihan pelakon tambahan agak kurang memuaskan lebih-lebih lagi yang dipilih dijadikan sebagai lanun. Ada beberapa aksi yang menunjukkan semua lanun-lanun tersebut sangatlah kurus dan tidak sasa. Walaupun ramai pelakon tambahan yang digunakan, tetapi boleh nampak perbezaan yang ketara antara pelakon utama dan pelakon tambahan. Kadang kala suasana peperangan yang hebat telah terbantut dengan perkara ini. Ada juga beberapa aksi yang dipercepatkan.
Namun begitu ada beberapa adegan aksi yang sangat baik dilakukan. Contohnya seperti agedan ketika hujan di mana ketika itu Merong yang sedang marah sambil menjerit membunuh sesiapa saja yang lalu di hadapannya. Dengan kesan perlahan digunakan, ianya nampak begitu mengasikkan sekali. Adegan akhir filem juga tidak kurang hebatnya. Adegan membunuh Khir Rahman dan membunuh diri agak cantik dihasilkan.
Kesan khas filem ini boleh dikatakan agak kemas dan cantik walaupun beberapa adegan terlalu pendek dan semuanya sudah ditaruk dalam trailer. Contohnya adegan di negara China yang menunjukkan Maharaja Cina yang berlatar belakangkan gendang-gendang besar sambil dihujan salji. Adegannya direka begitu cantik. Ia boleh dilihat di dalam trailer dengan jelas.
Kesan khas yang digunakan untuk memperbanyakkan objek contohnya seperti kapal layar agak baik dan mudah dilakukan kerana ianya hanya kelihatan dari jauh. Tetapi saya rasa agak sayang kerana terdapat satu adegan di mana ia menunjukkan begitu banyak kapal Roman dan China ingin datang menyerang lokasi lanun. Suasana dan siarannya jelas cantik, tetapi kumpulan kapal yang banyak itu ditunjukkan hanya datang dari 1/3 layar. Alangkah cantiknya kalau kapal tersebut menutupi keseluruhan layar dan seolah-olah kapal tersebut terlalu banyak sehingga dapat menakutkan lanun Geruda.
Lagu Anuar Zain yang merdu dan enak di telinga itu hanyalah ditayangkan pada hujung filem. Saya kira filem Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem yang berani dihasilkan. Dengan kos RM8juta saya kurang pasti dengan kutipan yang diraih.
Comments
Post a Comment