Warisan Budaya : Kain Songket Tenun Terengganu
Kain Songket Tenun Terengganu ini merupakan antara salah satu daripada warisan budaya masyarakat. Kain Songket adalah merupakan salah satu seni fabrik yang tidal asing lagi di Terengganu. Setiap kain songket akan di tenun mengikut motif-motif tertentu seperti motif tumbuhan berdasarkan pucuk rebung, bunga raya, tapak manggis dan pelbagai lagi. Terdapat juga songket yang bermotifkan binatang, bangunan, kuih-muih, logo dan pelbagai lagi. Songket mengikut sejarahnya mula terkenal di Malaysia pada awal abad ke 15 dan berkembang dengan pesat terutamanya di negeri Terengganu dan Kelantan. Songket ditenun dengan benang-benang sutera atau kapas yang digabung bersama benang emas atau perak. setiap tenunan akan mempunyai corak-corak tertentu seperti bunga tabur, bunga penuh, bunga bercorak dan sebagainya. Kemahiran menenun songket biasanya akan di warisi oleh satu generasi kepada satu generasi.
Terdapat sekitar lapan proses yang perlu dilalui oleh seorang penenun untuk menghasilkan sehelai kain songket. Antara proses-prosesnya adalah seperti proses mencelup benang, proses menerai atau melerai benang, proses menganing,proses menggulung, proses menyampak, proses mengarat, proses menyongket dan proses menenun. Oleh sebab itu, tidak dinafikan harga sehelai songket tenun adalah mahal, bukan sahaja mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan sehelai kain songket tapi proses membuatnya adalah rumit. Harga songket juga bergantung kepada jenis benang yang digunakan.
Dengan ini dapat ditegaskan bahawa songket Terengganu adalah salah satu pakaian yang seharusnya dipelihara dan diteruskan kewujudannya dalam industri pakaian atau kraf tangan. Hal ini kerana kita mestilah memperkenalkan keistimewaan yang kita miliki kepada masyarakat luar. Songket Tenun Terengganu merupakan tradisi dan keistimewaan yang tidak ternilai.
Comments
Post a Comment