Isu Sastera, Bahasa dan Budaya

    



    Pembangunan bahasa, sastera dan budaya adalah penting untuk kekuatan sebuah bangsa dan negara. Penggunaan bahasa, sastera dan budaya ini akan mengukuhkan perpaduan kaum dan rakyat dalam sebuah negara yang kukuh perpaduannya. Dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, semua kaum di Malaysia boleh bersatu padu berganding bahu. Begitu juga, sastera dan budaya negara harus diperjuangkan untuk perpaduan kaum dan masyarakat, pelbagai acara boleh dijalankan untuk menyatupadukan rakyat negara. Keterlibatan generasi muda dalam memperkasakan usaha ini adalah sangat diperlukan. 

    Bidang sastera, bahasa dan budaya sebenarnya mampu mewujudkan perpaduan dalam kalanga rakyat berbilang kaum di Malaysia. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mampu untuk memacu sastera dan budaya daripada pelbagai etnik dan budaya. Asas penting seperti pendidikan di sekolah mampu merangkumi bidang sastera, bahasa dan budaya dalam membentuk akal budi generasi muda ke arah membina tamadun bangsa yang perkasa dan bermaruah. Usaha sebegini mestilah diteruskan lagi pelaksanaannya di Universiti dan dalam kalangan masyarakat. Dalam usaha membina tamadun bangsa, penggunaan bahasa yang sopan dan sistem tulisan adalah sangat penting bagi memacukan perkembangan ilmu untuk bersedia menghadapi perubahan perkembangan dari semua aspek kehidupan. 

    Keseimbangan rohani dan jasmani juga perlu digerakkan lagi bagi membentuk sebuah masyarakat yang cinta akan bahasa, sastera, dan budaya. Pegangan agama yang kuat dan dengan kegiatan bahasa, sastera, dan budaya dapat memacu kehidupan yang lebih tersusun seperti keterlibatan dalam bidang seni lukis, seni reka dan budaya maju. Budaya ialah suatu cara hidup yang berkembang maju dalam kehidupan dengan perpaduan yang dimikili bersama sebuah kelompok yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang berikutnya mengikut peredaran zaman. Dengan ini, untuk memacu kemajuan bahasa, pendidikan di sekolah mestilah diperkasakan dengan terus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, dan bahasa ilmu. Hal ini merangkumi penciptaan syair, gurindam, pantun, cerpen dan novel diterapkan pada peringkat sekolah rendah lagi. 

    Dari segi budaya pula ialah masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan pribumi. Hal ini yang menyebabkan Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang unik dengan pelbagai kaum yang sentiasa aman dan damai. Oleh hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai budaya yang istimewa mewakili kaum masing-masing. Dengan ini dapat memperkenalkan identiti sebuah negara Malaysia. Walaubagaimanapun, agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia, namun agama lain masib boleh diamalkan. 

Comments

Popular posts from this blog

Warisan Budaya : Kain Songket Tenun Terengganu

Ukiran Kayu

Tokoh Motivasi : Prof Dr Muhaya Mohamad