BBK3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF




Alhamdulillah dengan setinggi kesyukuran saya dapat belajar kursus BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif yang di ungguli oleh seorang pensyarah yang baik budi pekertinya iaitu Dr. Kamariah Kamaruddin. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada beliau kerana telah sudi mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya dan rakan-rakan. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang mengikuti kelas Penglahiran Bakat Kreatif ini. Antaranya ialah saya dapat mengenali pantun, syair, gurindam, cerpen dan novel dengan lebih mendalam lagi. Saya juga berkesempatan untuk menghasilkan sebuah cerpen dan beberapa buah sajak ketika mengikuti kursus pengajian ini. 

Pada awalnya saya tidak menyangka saya akan berhasil mengarang cerpen dan beberapa buah sajak. Namun, dengan ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang saya mengikuti kelas Dr Kamariah. Akhirnya cerpen dan sajak yang dikarang membuahkan hasil. Saya juga sentiasa menantikan kelas Penglahiran Bakat Kreatif pada setiap minggu kerana aura dan tenaga pengajarnya yang sentiasa bertenaga membuatkan saya turut bersemangat ketika mengikuti kelasnya. Kelas Dr Kamariah sangat menarik , hal ini kerana ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan pada setiap minggu, seperti bersama menyanyikan lagu dan alunan indah nama-nama Allah iaitu Asma Al-Husna. Rakan-rakan juga turut bersama memeriahkan lagi kursus ini dengan mendeklamasikan sajak, syair dan juga berpantun yang dapat menambahkan rasa suasana seronok ketika belajar di dalam kelas. 

Akhirulkalam, terima kasih kepada Dr Kamariah yang telah mencurahkan banyak ilmu kepada saya. Saya berharap agar Dr sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan berada dalam Rahmat-Nya sentiasa. 

Comments

Popular posts from this blog

Warisan Budaya : Kain Songket Tenun Terengganu

Ukiran Kayu

Tokoh Motivasi : Prof Dr Muhaya Mohamad